Terdapat
banyak cara untuk meningkatkan ingatan.
Antaranya ialah :-
1. Senaman
dan aktiviti fizikal
·
Sukan dapat meningkatkan peredaran darah,
mengurangkan risiko obesiti dan diabetes serta menyihatkan jantung.
·
Sukan memberi manfaat pada sistem tubuh,
terutamanya daya ingatan dan kemampuan kognitif lain.
·
Contoh sukan :- bersenam selama 20 minit
§ Naik
turun tangga
§ Berjalan
§ Berbasikal
§ Berenang
2. Tukar
rutin harian
·
Membuat rutin harian atau melihat perkara
yang sama setiap hari menjadikan otak kita kurang berfungsi secara maksimum
kerana tidak perlu berfikir.
·
Ini menjadikan otak kurang aktif dan akan
mempercepatkan lagi kemerosotan daya ingatan. Contohnya, tukar cat dinding atau
wall paper, ikut jalan berlainan untuk pergi ke tempat biasa atau tempat kerja
supaya otak lebih peka dan berfikir.
3. Minda
fotograf
·
Amalkan minda fotograf iaitu dengan cara
tangkap gambar di minda menggunakan deria yang ada, seperti :-
-
deria penglihatan (lihat dan mengingatinya
seperti warna, tekstur, rupa bentuk yang unik)
-
deria bau (bau-bau tertentu), deria rasa
(rasa tertentu)
4. Teruskan belajar
Dengan belajar, kita akan dapat menambahkan lagi ilmu
pengetahuan. Adalah disarankan agar mengikuti kuliah, kelas perbincangan secara
kumpulan. Di situ, kita akan saling bertukar-tukar maklumat dan mendatangkan
hasil yang bermanfaat untuk perkembangan daya ingatan kita.
5. Layari
internet
Menurut pakar neurologi, Gary Small, mengatakan bahawa
melayari internet untuk mendapatkan sesuatu maklumat juga dianngap sebagai
kursus otak, kerana ia dapat membantu dalam membuat keputusan kerana sudah
banyak maklumat didalam minda dan otak, terutamanya bagi orang yang berumur 55
hingga 76 tahun.
6. Berhenti merokok
Perokok selalunya cepat menghidap
penyakit Alzhaimer(pelupa) lebih awal berbanding bukan perokok.
7. Menjalin
hubungan sosial dan keluarga
·
Semakin bersosial, semakin baik untuk otak.
·
Mengasingkan diri dapat merosakkan banyak
sistem tubuh seterusnya menyebabkan kita mudah lupa.
8. Makan makanan berkhasiat
·
Apa yang kita makan selalunya memberi kesan kepada
otak dan ingatan. Jadi, makanan yang baik dan dapat meningkatkan daya ingatan
ialah:-
-
Sayur-sayuran berdaun hijau, bayam, kubis,
salad
-
Brokoli
-
Jus buahan
-
Buah berbagai contohnya delima, beri-beri
-
Kismis
-
Kekacang
-
Minyak zaitun dan minyak sayuran
-
Madu
|
No comments:
Post a Comment