Setiap insan yang bergelar pelajar sudah tentu
mengidamkan pencapaian yang terbaik untuk menjadi kebanggaan kepada ibu bapa
dan keluarga. Jadi, mereka haruslah menetapkan matlamat dalam diri dan akademik
dalam diri. Persoalannya, bagaimanakah cara mereka dapat merealisasikannya?
Penetapan pembelajaran adalah satu kemahiran yang perlu
dipelajari dan dikuasai kerana ia amat penting bagi setiap diri pelajar.
Ia dapat dipelajari dengan menggunakan PANDUAN SMART
S - Spesifik
Matlamat yang spesifik lebih baik berbanding matlamat
yang kurang jelas dan teragak-agak. Spesifik bermaksud individu itu menetapkan matlamat dengan dapat
menjawab soalan 5W (who, what, when, where, why)
Contoh :
A - Pencapaian yang realistik, iaitu boleh diperoleh oleh
diri individu berkenaan.
R - Matlamat yang realistik iaitu boleh dicapai mengikut
proses berperingkat-peringkat.
T - Matlamat yang diketahui boleh dicapai secara
berperingkat-peringkat dan dengan usaha yang berterusan.
( O'Neill
& Conzemius,2006)
Penetapan matlamat jangka panjang dan jangka pendek yang
tepat membolehkan kita mengetahui tahap kemajuan serta mencapai kebahagiaan
apabila berjaya dengan matlamat yang dikecapi.
Jadi, bagaimana matlamat dapat membolehkan kita mencapai
kejayaan yang ingin dikecapi?
Perkara yang paling penting adalah dengan mengenal pasti
matlamat kita terlebih dahulu. Pastikan matlamat yang ingin dicapai itu
spesifik dan jelas. Tambahkan juga kesukaran matlamat supaya kebolehan itu
boleh berkembang dengan kejayaan yang dikecapi.
No comments:
Post a Comment