Kegagalan mengurus dan mengatur masa adalah faktor
kegagalan dalam mempelajaran. Jadi, pelajar mestilah :
a)
Waktu belajar
mencukupi
v Pelajar mestilah mengulangkaji
sekurang-kurangnya 3 jam sehari.
v Semakin hampir dengan peperiksaan, adalah
disarankan untuk belajar 5-7 jam sehari.
v Jangan belajar berterusan.
v Contohnya : 1 jam pada waktu pagi
ü 2 jam pada waktu petang
ü 3 jam pada waktu malam
b)
Memberi
tumpuan
v Jangan paksa diri.
v Jika tumpuan sudah terganggu, ambillah rehat
seketika, minima 5 minit.
v Apabila ingin menyambung pelajaran, cuba imbas
kembali apa yang dibelajar seketika tadi untuk mengetahui pembelajaran kita
berkesan atau tidak.
c) Pelbagaikan aktiviti supaya tidak mudah berasa jemu.
Selang dengan membuat nota, membaca, menceritakan semula apa
yang dipelajari dengan kawan, menjawab soalan, membuat peta minda, melakar
rajah dan lain-lain.
d) Letakkan matlamat
v Letakkan matlamat yang boleh dicapai.
v Jangan meletakkan matlamat membaca yang terlalu besar.
v Contohnya : meletakkan matlamat untuk memahami 20 muka surat
pada tempoh yang tertentu mengikut kemampuan dan keupayaan diri.
e) Sediakan jadual belajar
v Sediakan jadual belajar atau perancangan mingguan tentang
bahan-bahan yang mahu diulangkaji
v Kita dapat tahu berapa banyak bahan yang perlu dihabiskan
setiap minggu bagi membolehkan kita bersedia sebelum peperiksaan.
f) Sediakan senarai tugas harian (“TO DO lists”)
v Adalah sebaiknya dibuat pada malam sebelumnya.
v Kita akan tahu apa yang perlu dan mahu disiapkan esok hari.
v Tentukan tahap keutamaan dan kepentingan setiap butiran tugas
yang telah disenaraikan, seperti yang dikatakan oleh Stephen Covey “Put first
things first”.
No comments:
Post a Comment